Ramadhan Kareem
السلام عليكم!
"weyh esok puasa mygoddd"
"pheuww... esok puasa and I'm still not prepare for it! -,,-"
First day of puasa, okay la.... Sebab sebelum puasa tu syura macam budak yang baru first time nak puasa! pffftt.... Tapi alhamdulillah, second day tu dah okay dah... Then third day of puasa dah start latihan untuk Perbarisan Hari Kemerdekaan kali ke-56. Penat! Haus! Lapar! Pening! Semua la... ~.~ Latihan berlangsung sampaaaaaaaaiiiiiiiiiii hari jumaat 4 hari sebelum raya...
Sebelum puasa, ye-ye je syura rancang even nanti kat asrama tak de riadah, syura nak riadah! nak turunkan jugak berat badan ni! tup-tup, tak riadah jugak sebab tak de kawan nak teman, act syura tak kisah je riadah tanpa kawan, I mean riadah alone la. Tapi disebabkan kemalasan tahap maximum melanda diri everytime syura nak riadah, so I just cut it off! so plan nak turunkan berat badan tu terbengkalai di tepi jalan yang sesak dah berpusu-pusu orang melintasinya... *budak ni dah kenapa tiba-tiba je ni. merepek lah dia ni ish!* Okay, sorry pasal tu.
Puasa tahun ni nothing much yang special I dont know why.... :(
Dekat asrama ada buat competition Ihya' Ramadhan, ada category dia.. Ada hias dorm, bercerita, buat komik, tazkirah, nasyid and ada la lagi.. Yang pastinya, semua kena berkaitan dengan Ramadhan... So, as for me, I'd been forced by my Ketua Dorm (kak Aida binti Suhatta) untuk wakil dorm syura bagi tazkirah a day before the Tazkirah's competition. -,,- syura baru bangun tidur petang dalam pukul 4.30 macam tu, kak Aida bagi tahu Syura, syura kena masuk tazkirah tu untuk wakil dorm. sebab tak de siapa nak jadi wakil. okayfine... dengan syura yang masih dalam keadaan mamai, syura pun okay je lah. bila syura dah tak mamai sangat baru syura sedar yang esok petang, pukul 5 syura terlibat dengan pertandingan tazkirah and esok dari pagi lepas subuh tu, sampai pukul 3 syura tak de dekat sekolah sebab pegi latihan Hari Kemerdekaan. Sampai je asrama solat, tidur jap, bangun terus bagi tazkirah. WOW! so, esoknya tu... macam tu lah. syura bagi tazkirah yang serba ringkas. sebab syura tak sempat cari tajuk en... so syura bagi tazkirah pasal ego sahaja... kalah, ofcourseeee.... ~.~
[NIGHTMARE PART DALAM BULAN RAMADHAN NI]
malam jumaat, esoknya balik. Exco Kebersihan dan Keceriaan (kak Aina Madihah Syuhada) ada buat gotong royong kat asrama. yelah, nak tinggalkan asrama almost 2 weeks, ofcourse dia nak asrama looks kemas and bersih kan... so, malam tu dorm syura and ada lagi satu dorm buat tandas form5 which is dekat tingkat 1. Best! best cuci tandas. toilet tu besar. and kerja syura malam tu cuma tabur sabun kat lantai and jirus sikit-sikit air... hehehe... XD okay! bila kitorang dah siap bersihkan toilet tu, toilet tu dah bersih *walaupun sebelum tu memang dah bersih, tapi lepas cuci double bersih cehhhh.....* and dah wangi semerbak sebab bau sabun pencuci baju jenama TOP, kitorang nak pulangkan barang-barang yang kitorang pinjam dari stor kat bawah tangga tingkat groundfloor. I volunteer distribute! *puih nak ikut Katniss Everdeen dalam cerita Hunger Games pulak blah ah weyh* syura la yang volunteer nak hantar semua barang-barang tu kat stor balik since syura buat kerja sikit sangat en...
"ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu kecantikannya kecantikanMu...*nyanyi lagu Doa Dhuha, sebab teringat Amar dengan Abdullah dari sekolah SAMTS Hisamuddin baca doa tu dekat Latihan Kemerdekaan tu.. tiba-tiba!*boom boom, grringg* "
Guess what is that sound "boom boom, grringg"?
I fell.
I FELL FROM THE STAIRS!!! I SLIPPED 3 RUNG DOWN, FECOOOO~
and it hurts my butt. -,,-
YE! syura jatuh tangga! boom boom tu bunyi syura jatuh, grringg tu bunyi kaki syura terlanggar pagar yang tutup tangga tu sebab time tu pintu stor tengah bukak, so dia tutup pagar tangga tu. pagar tangga tu kalau bukak, dia menutupi pintu stor tu. so kalau nak bukak pintu stor tu kena tutup pintu tangga tu. kebetulan time syura jatuh tu, salah sorang kawan syura, Nurin Iman nampak syura jatuh, tapi sebab dia kata dia terkejot it happened right in front of her eyes, dia terpaku kat depan tangga tu. lepas syura jatuh tu, syura tahan sakit kat tangga tu, ya Allah. serious sakit gila time tu. rasa macam tak boleh berdiri. then ada sorang kakak form3 ni, kak Fatin org first datang kat syura tanya syura okay or tak.. a few seconds later baru org lain datang termasuk my bestfriend, Nadiatul Shazrin datang kat syura and bawak syura ke tepi sebab orang nak lalu-lalang kan kat tangga tu... ouh, about my things yang syura nak hantar kat stor tu, dah ada orang lain tolong hantarkan and I'm not sure siapa. syura jatuh sebab tangga licin, ada sabun kat tangga. maklumlah, gotong-royong... ~.~
and sakit tu, syura masih rasa sampai sekarang. keadaan syura jatuh tu pun, syura masih nampak sampai sekarang... :')
ada pulak salah satu hari dalam bulan ramadhan ni, asrama tak de air drpd lepas subuh sampai isyak. subhanallah!! pagi-pagi tu syura bangun pukul 5.20 terpaksa turun pergi sekolah mandi kat toilet cikgu.. dah la kena berkumpul kat guard house pukul 6.00, sebab nak pegi latihan Kemerdekaan tu. tapi alhamdulillah, sempat.. balik tu, dorm pulak kena sita.... MasyaAllah... memang syura cakap, hari tu hari yang paling berat dugaan dalam bulan Ramadhan ni, tapi apakan daya? pasrah dah berserah je la dekat Allah... dorm syura kena sita sampai pukul 6.00 ptg, so pkul 6 tu lah syura baru nak turun sekolah mandi kat toilet cikgu... dah siap mandi, syura naik asrama. solat asar semua, baru bersiap-siap nak berbuka pulak... lepas berbuka tu, alhamdulillah air ada seciput. cukup la untuk syura nak buang air and amik wudhu solat maghrib... after maghrib syura turun surau and solat isyak and tarawih berjemaah.. habis solat tu, naik atas baru ada air.. time bersyukur tak terkata... XD
----
lepas tu, esoknya tu which is last day before 2 weeks holiday, hari jumaat. syura balik lambat sikit dalam pukul 4 macam tu sebab kakak lambat amik. sampai rumah pukul 5.30 sebab stuck dekat Damansara. pukul 6 keluar balik sebab iftar dengan family besar dekat Dewan Perdana Felda. bayang kan eh, dengan syura baru sampai rumah. baju tak cari. tudung tak jumpa. stokin sebelah hilang. handsocks missed place. kasut, confuse nak pakai yang mana. mak suruh cepat-cepat bersiap sebab pukul 6 petang nak keluar rumah and I reached home at 5.30!! solat asar pun belum lagi time tu.. dah la time tu atuk syura yang memang jenis RIGHT ON TIME! ada dekat rumah. dugaan, like seriously.... tapi, alhamdulillah.. sempat siap.. keluar rumah pukul 6.15 and sampai Dewan Felda tu pukul 7.00, sharp!
[PART PALING BEST DALAM BULAN RAMADHAN NI]
siapa yang pernah berbuka kat Dewan Felda ni tahulah betapa sedapnya makanan dia. especially kambing bakar dia... peeeeeerrrggghhhhhh~ XB serious talk, sedap gila! alhamdulillah, lepas perut dah kenyang. cousin syura ajak jalan-jalan kat luar dewan tu, kan dekat luar dewan tu ada restaurant lain. sebelum masuk dewan tadi, sebelum berbuka tadi, lepas sampai tadi kan. syura memang nampak kak Dena Bahrin dekat restaurant tu. well, kak Dena Bahrin tu seriously my idol. her style, her intelligence, her beauty, her... everything about her, I just love it. I just, adore it! I like her, yes I like her. X) so keluar dewan tu, kitorang pergi restaurant tu semata-mata syura nak BERGAMBAR dengan kak Dena Bahrin SAHAJA! hahahaha! bak kata kakak syura,
"lala ni menakutkan ahh... :("
kakak cakap macam tu sebab, look! syura sanggup pergi another restaurant semata-mata nak bergambar dengan dia...
jaaadi... ini sahaja yang berlaku sepanjang bulan ramadhan syura... :)
walaupun tahun ni punya ramadhan tak se-best tahun-tahun sebelum ni tapi, I'm still thankful sangat dekat Allah sebab masih bagi syura peluang untuk ini semua... alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.... :')