Tok wan
السلام عليكم...
Hari ni hari Jumaat bersamaan dengan 3 hari bulan 11,2010. Lepas rehat, pukul 10 pagi dalam kelas tengah belajar subjek yang pada waktu itu adalah subjek kegemaran syura, Science. Kerani sekolah rendah Setiabudi ketuk pintu kelas and told Teacher Laila that my father gonna pick me up later so I have to leave the class early and Teacher said okey.
Sepanjang perjalanan Syura turun dari tingkat 3 block C sekolah rendah Setiabudi tu hingga ke depan pintu pagar IIUM Montessori tu, otak ligat berfikir kenapa tiba-tiba hari ni ayah nak amik awal? nak pergi mana? balik Pahang? rumah wuan kena pecah masuk lagi ke? nauzubillah... habis tu, kenapa? mak mengandung lagi ke? tak kan la, mak dah cakap cukup lah 4 orang anak. ISH!!
Ayah sampai pukul 10.45 pagi. kereta CRV bernombor plat dari Johor berhenti depan canteen International Islamic School yang begitu besar. Syura masuk kereta terus diajukan soalan daripada ayah...
"tau kenapa balik awal hari ni?"
"tak"
suara perempuan syura menjawab dan suara garau ayah memberitahu...
"tok wan meninggal"
terdiam seribu bahasa...
tak mampu nak ungkapkan apa-apa...
begitu relax cara ayah memberitahu...
begitu terkejut dengan berita yang baru didengar, bagaikan duduk di atas angin..
sesampai sahaja di teratak Nazli, kelihatan penghuni rumah begitu sibuk dan ada seorang perempuan yang mukanya begitu sembap bagaikan baru habis menangis juga sedang sibuk memegang handphone. kelihatan seperti sedang menunggu panggilan.. apabila direnung wajah wanita itu, itu adalah adik perempuan ayah yang masih belum kahwin dan syura memanggilnya dengan gelaran "Mak Cik"
Ayah pecut kereta 180km per hour menuju ke Perlis. kecut perut dibuatnya. dalam kereta, Mak Cik masih teresak-esak. dia tidak berani memandu kereta jauh-jauh kerana masih trauma akibat kemalangan yang melanda dirinya beberapa bulan yang lalu.. bersyukur kepada Allah, kemalangan itu tidak maragut nyawa siapa-siapa mahupun melukakan siapa-siapa tahap kritikal. cuma kulit tangannya yang koyak menyebabkan jari telunjuknya tidak boleh di luruskan sehingga sekarang..
daripada Sungai Buluh menuju ke Perlis, mengambil masa lebih kurang 6-8 jam tapi untuk hari itu, ayah memandu terlalu laju menyebabkan dari Sg.Buluh ke Perlis hanya mengambil masa 3 jam.
sepanjang dalam kereta Mak Cik tidak lepas memegang handphone.
"abang, depa nak tanam dah.. cepat sikit.."
suara mak cik kedengaran begitu lemah dan sebak.
"ha, sat. suruh depa tunggu sat saja lagi.."
ayah gave order to his sister.
He still looks cool and relax, as always.
sampai di Tanah Perkuburan Permatang Bongor
kelihatan ramai orang
"tok wan meninggal pagi ni, pukul 9 tadi.. Pak Long jumpa dia tengah baring dekat tepi bendang dalam keadaan yang begitu menenangkan.."
seakan tidak percaya..
rasa macam nak jatuh..
syura tak rapat dengan tok wan tapi...
dia masih atok syura..
"ha, cepat sikit.. tak elok tunggu lama-lama arwah ni.. nak kena tanam cepat-cepat.."
kata pak imam
ayah berjalan laju ke arah sebuah tubuh yang sedang berbaring, elok dibalut oleh kain kafan berwarna putih suci..
ayah mendekatkan wajahnya ke wajah pemilik badan tersebut lalu mengucup dahinya...
kelihatan air mata ayah mengalir...
pertama kali syura tengok ayah menangis..
tiba masa untuk syura pulak..
syura berjalan mendekati tubuh yang sama..
kelihatan wajah itu begitu dikenali...
yes, tok wan...
wajah itu begitu suci..
begitu tenang...
bergelimpangan air mata jatuh di pipi tanpa syura sedari..
syura mencium dahi tok wan...
dan pak imam memasukkan jasad itu ke dalam lubang sedalam 7 kaki..
begitu gelap..
dan sempit..
itulah kubur..
tok wan dah selamat dikebumikan...
"hari raya masa tu, tok wan ada cakap.. "lepas ni tak payah belikan ayah baju dah, na.." mak tak faham, mak ingat tok wan saja-saja cakap macam tu.."
mak menangis..
"pagi-pagi lepas subuh, macam biasa la ayah pi bendang. tapi biasanya pukul 8 tu dah balik dah.. but today, he still not at home until 8.30. tok gets worried and called mak long. mintak tolong pak long cari kan tok wan, maybe dia dekat kebun getah. pak long cari, tak jumpa. pak long cari seluruh tempat yang tok selalu pegi almost 1 hour and still tak jumpa. until, pak long cakap tiba-tiba hati dia tergerak nak pegi ke tengah bendang.. and he found tok wan dalam keadaan berbaring, kepalanya di alas kan dengan tanah tempat laluan tengah-tengah antara sawah. kedaan tok wan tu macam dia tengah buat kerja, tiba-tiba dia sakit dada then he lays down and then... he's gone.. begitu tenang cara pemergiannya... hari jumaat, hari yang mulia.."
tok wan..
I really do miss you..
Miss you so much...
raya tahun ni dah masuh raya ke-3 tok wan tak de..
ya Allah, tempatkan tok wan di kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang Engkau redhai..
tempatkan dia di tempat yang telah Engkau janjikan untuk hambaMu yang soleh..
Al-fatihah..